Showing posts with label Motivational. Show all posts
Showing posts with label Motivational. Show all posts

Saturday, 24 December 2011

Yakinlah dengan janji ALLAH..

Jika semua yang kita inginkan harus kita miliki.. 
bagaimana kita belajar tentang keikhlasan?

Jika semua yang kita mahu harus terpenuhi.. 
bagaimana kita belajar erti kesabaran?

Jika doa kita ingin langsung dikabulkan dengan cepat.. 
bagaimana kita memaksimakan kemampuan yang ALLAH berikan?

Jika kehidupan kita ingin selalu bahagia.. 
bagaimana kita dapat mengenal ALLAH lebih dekat?

Sahabat.. tetaplah yakin bahawa segala ketentuan-Nya adalah yang terbaik buat kita.. yakinlah ALLAH sedang mendidik kita tentang keikhlasan dan kesabaran..


"Maka selepas kesusahan itu ada kemudahanSelepas kesusahan itu ada kemudahan." (Al-Insyirah: 5-6)


“...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah : 216)

Soal Hati



Hati itu indah bentuknya.. tiada awalan tiada penghujung.. tiada tertinggi tiada terbawah.. andai dia ku letakkan di lubuk hati paling bawah maka dialah paling ku cintai.. jika dia ku letakkan di atas maka dialah paling dekat dengan diriku.. andai dia di tepi maka dialah tongkat aku jua semangat diriku.. hati itu akarnya tiada.. ukhwah ini bukan hak milik tapi anugerah.. Anugerah terindah dari ALLAH..




Namun ku pilih untuk meletakkan ia di tengah.. kerana bilamana di tengah hati tertumpu hanya untuk DIA.. DIA yang ku cintai DIA yang ku sayangi.. DIA paling dekat dengan aku.. DIA lah tongkat dan jua semangat buatku.. dan bilamana aku memiliki DIA dihatiku maka seluruh hatiku penuh tenteram.. InsyaALLAH.. Ya ALLAH.. bantulah setiap hambaMu, menjadikan hatinya hanya milikMu sepenuhnya.. Ameen..


DAN..


Pesan Mr.MMMB : Jangan cintai manusia melebihi cinta pada ALLAH dan Rasulullah.. InsyaALLAH.. ;)

Peringatan Buat DIRI..





Hari ini adalah PEMBERIAN..
manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana SEMULIA-MULIA hamba adalah yang paling tinggi TAQWANYA..



Semalam adalah SEJARAH..
berISTIGHFAR lah kita untuknya dan berSYUKUR atas kurniaan hidayah dariNya kerana sebaik baik ZIKIR adalah istghfar dan sebaik baik DOA adalah Alhamdulillah..




Esok adalah MISTERI..
yang padanya terletak angan angan dan SEBIJAK-BIJAK manusia adalah yang sentiasa mengingati akan kematiannya.. dan mempersiapkan diri untuk kehidupan sesudah mati dan TERPELIHARALAH sebahagian iman didalam dada anak ADAM bila dalam hatinya MENYINTAI saudara seislamnya yang lain kerana ALLAH SWT..


Peringatan Buat Diri..

"Maka Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman :42)

"Dan sedikit sekali dari hamba-hamba KU yang bersyukur" (Saba : 13)

"Dan jika kami rasakan kepada manusia suatu rahmat(nikmat) dari Kami,kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak bersyukur" (Hud: 9)

"Dan bersyukurlah akan nikmat ALLAH, jika benar kamu hanya menyembahnya semata-mata" (An-Nahl : 114)


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali."

semoga setiap dari kita dijauhkan dari fitnah akhir zaman ini.. Ameen..

Wednesday, 21 December 2011

Syukur LILLAH

Apabila datang musim kemarau, seekor Burung Pipit mula merasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada persekitarannya yang dikatakan tidak selesa.


Ia pun memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang kononnya, udaranya sentiasa dingin dan sejuk. Ia pun terbang ke daerah utara. Benar, perlahan-lahan ia mula merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk. Ia semakin bersemangat terbang ke arah utara lagi.



Kerana teruja, burung pipit itu tidak merasakan sayapnya yang mula bersalut salji, semakin lama semakin tebal, dan akhirnya ia jatuh ke tanah kerana tubuhnya terbungkus salji. Sampai ke tanah, salji yang menempel di sayapnya bertambah tebal. Si burung pipit tidak mampu berbuat apa-apa, dan berasakan riwayatnya telah tamat. Ia merintih menyesali nasibnya.

Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan melalui kawasan itu datang menghampirinya. Namun si Burung kecewa kerana yang datang hanyalah seekor Kerbau. Ia mengherdik si Kerbau agar menjauhinya dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tidak mungkin mampu berbuat apa-apa untuk membantunya.


Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat di atas burung tersebut. Si Burung Pipit semakin marah dan memaki hamun si Kerbau. Si Kerbau hanya berdiam diri, maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan najisnya ke atas tubuh si burung. Langsung si Burung tidak mampu berkata-kata lagi kerana dirinya sudah tertimbun najis si kerbau. Si Burung pipit mula menganggap ajalnya semakin hampir dan ia akan mati tidak lama lagi kerana tidak mampu bernafas.

Namun perlahan-lahan, ia berasakan kehangatan. Salji yang membeku pada bulunya mulai cair disebabkan hangatnya tahi kerbau itu. Ia kembali dapat bernafas dengan lega dan melihat langit yang cerah. Si Burung Pipit berteriak kegirangan, bernyanyi-nyanyi keriangan.

Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampirinya, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih menempel pada bulu si burung. Apabila bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan menari kegirangan, dia menganggap telah mendapat teman yang ramah dan baik hati.



Namun keriangannya tidak lama...dunianya kemudian terasa gelap gelita ditelan oleh si Kucing. Maka tamatlah riwayat si Burung Pipit.


=====================================

Pesan Salsabila:

bismillah wa syukur lillah.. Ya ALLAH please make our life easier for us and always be on Your path, InsyaALLAH. Ya ALLAH...istajib du'a ana ya Rahman ya Raheem ya badi'assamawaati wal ardh.. ameen..

Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh ALLAH. Dan jangan sesekali menganggap semua insan yang diciptakan oleh-Nya tidak berguna.. Sesungguhnya segala apa yang dicipta oleh-Nya mempunyai fungsi yang baik dan berguna untuk mahluknya yang lain. Al-Baqarah : 216 dan 286 jadikan panduan.

source: kiriman email seorang sahabat. maaf atas penggunaan bahasa yang agak kurang sopan. 


Sunday, 18 December 2011

25 pesanan Luqman Al-Hakim







1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


2. orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sadar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.


3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesalahan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak mendurhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut (taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.


10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.


11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.


13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang taqwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulama' dengan cara meminta nasihat dari mereka.


15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mau menambahkannya.


16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati- hatilah.


17. Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.


18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.


19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu


20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya


21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain


22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu


23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.


24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.


25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

ULAMA'? - merungkai persoalan

Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.

Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman ALLAH Ta'ala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie r.a pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik r.a pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.

Al-Imam Malik r.a, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”
Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

ALLAH.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaALLAH, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaALLAH.



SUMBER: kiriman email seorang teman.

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.


Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaALLAH.

Bosan

Ini sebuah cerita ringan tentang kebosanan. Seorang tua yang bijak ditanya oleh tamunya.



Tamu: “Sebenarnya apa itu perasaan ‘bosan’, pak tua?”

Pak Tua: “Bosan adalah keadaan di mana fikiran menginginkan perubahan, mengharapkan sesuatu yang baru, dan menginginkan berhentinya rutin hidup dan keadaan yang sama dari masa ke masa.”

Tamu: “Kenapa kita merasa bosan?”

Pak Tua: “Kerana kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki.”

Tamu: “Bagaimanakah menghilangkan kebosanan?”

Pak Tua: “Hanya ada satu cara, nikmatilah kebosanan itu, maka kita pun akan terbebas darinya.”

Tamu: “Bagaimanakah mungkin boleh menikmati kebosanan?”

Pak Tua: “Bertanyalah pada dirimu sendiri: mengapa kamu tidak pernah bosan makan nasi yang sama rasanya setiap hari?”

Tamu: “Kerana kita makan nasi dengan lauk dan sayur yang berbeza-beza, Pak Tua.”

Pak Tua: “Benar sekali, anakku, tambahkan sesuatu yang baru dalam rutinmu maka kebosanan pun akan hilang.”

Tamu: “Bagaimanakah menambahkan hal baru dalam rutin?”

Pak Tua: “Ubahlah caramu melakukan rutin itu. Kalau biasanya menulis sambil duduk, cubalah menulis sambil membongkok atau berbaring. Kalau biasanya membaca di kerusi, cubalah membaca sambil berjalan-jalan atau meloncat-loncat. Kalau biasanya menelefon dengan tangan kanan, cubalah dengan tangan kiri atau dengan kaki kalau boleh. Dan seterusnya.”

Lalu Tamu itu pun pergi. Beberapa hari kemudian Tamu itu mengunjungi Pak Tua lagi.

Tamu: “Pak Tua, saya sudah melakukan apa yang Pak Tua sarankan, kenapa saya masih merasa bosan juga?”

Pak Tua: “Cuba lakukan sesuatu yang bersifat keanak-anakan.”

Tamu: “Contohnya?”

Pak Tua: “Mainkan permainan yang paling kamu senangi di waktu kecil dulu.”

Lalu Tamu itu pun pergi. Beberapa minggu kemudian, Tamu itu datang lagi ke rumah Pak Tua.



Tamu: “Pak Tua, saya melakukan apa yang Pak Tua sarankan. Di setiap waktu lapang saya bermain sepuas-puasnya semua permainan anak-anak yang saya senangi dulu. Dan keajaiban pun terjadi. Sampai sekarang saya tidak pernah merasa bosan lagi, meskipun di saat saya melakukan hal-hal yang dulu pernah saya anggap membosankan. Kenapa boleh berlaku demikian, Pak Tua?”

Sambil tersenyum Pak Tua berkata: “Kerana segala sesuatu sebenarnya berasal daripada fikiranmu sendiri, anakku. Kebosanan itu pun berasal dari fikiranmu yang berfikir tentang kebosanan. Saya menyuruhmu bermain seperti anak kecil agar fikiranmu menjadi ceria. Sekarang kamu tidak merasa bosan lagi kerana fikiranmu tentang keceriaan berhasil mengalahkan fikiranmu tentang kebosanan. Segala sesuatu berasal dari fikiran. Berfikir bosan menyebabkan kamu bosan. Berfikir ceria menjadikan kamu ceria.”.. Wallahu'alam

Saturday, 17 December 2011

RM50 Lesson

A well known speaker started off his seminar by holding up a RM50 bill.

In the room of 200, he asked, "Who would like this RM50 bill?"


Hands started going up. He said, "I am going to give this RM50 to one of you but first, let me do this." He proceeded to crumple the RM50 bill up. He then asked, "Who still wants it?" Still the hands were up in the air.

"Well," he replied, "what if I do this?" And he dropped it on the ground and started to grind it into the floor with his shoe. He picked it up, now crumpled and dirty. "Now who still wants it?" Still the hands went into the air.

"My friends, you have all learned a very valuable lesson. No matter what I did to the money, you still wanted it because it did not decrease in value. It was still worth RM50.

Many times in our lives, we are dropped, crumpled, and ground into the dirt by the decisions we make and the circumstances that come our way. We feel as though we are worthless. 

But no matter what has happened or what will happen, you will and shall never lose your value..

Friday, 16 December 2011

~B.A.H.T.E.R.A~



Hidup kita laksana bahtera. Nakhoda bahtera itu umpama jiwa kita. Dunia ini laksana samudera. Dermaga ibarat akhirat sana. Sebaik-baik nakhoda ialah Iman dan Taqwa. Sebaik-baik bahtera ialah bahtera yang layarnya Tawadhu’, geledaknya Fikrah, sauhnya Amalan, kelasi-kelasinya Ilmu Pengetahuan dan muatannya Keikhlasan.

Berlayarlah meredah samudera dunia menempuh ombak cabaran menongkah badai Jahiliyyah menuju ke dermaga akhirat. Labuhkan sauh amalanmu di dermaga akhirat. Di sana sudah pasti ALLAH S.W.T. menanti untuk membeli seluruh bahteramu dengan bayaran Syurga Firdausi. Sesungguhnya itulah kehidupan yang paling agung buat insan yang mendambakan Rahmat dan KasihNya..

Salsabila,
October 17, 2010

The Starfish Story

One day a man was walking along the beach when he noticed a boy picking something up and gently throwing it into the ocean. Approaching the boy, he asked, "What are you doing?".



The youth replied, "Throwing starfish back into the ocean. The surf is up and the tide is going out. If I don't throw them back, they'll die.

"Son, the man said, don't you realize there are miles and miles of beach and hundreds of starfish? You can't make a difference! 




After listening politely, the boy bent down, picked up another starfish, and threw it back into the surf. Then, smiling at the man, he said :

"I made a difference for that one."

Wednesday, 14 December 2011

My heart is a kite..


My heart is a kite
held by a string

in the middle of a storm

Ya ALLAH..
I’m not asking You
for a calmer storm
Rather, I am asking You
for a thicker string

Ya ALLAH..
I’m not asking You
to end this storm soon
Rather, I am asking You
to make me stronger
so that I may hang on longer
and see the rainbow
after the storm ends..

Monday, 12 December 2011

Al-Quran ~ Mukjizat terindah


Al-Quran Terbesar Di Dunia..

Dibuat di Itali oleh syarikat 'Ltd Reverra' (2011). 
Berat:  800 kg 
Ukuran: 2 m x 1.5 m x 25 cm.
Jumlah muka surat: 632 dengan berat 250 g setiap helaian.


Al Quran is for yourself, NOT your shelf!

Estimate how many lines of blogs.. internet.. Facebook.. Twitter.. Tumblr.. and news you’ve read today.. then compare that with how many lines of Quran you've recited..

Tuesday, 1 November 2011

Forget the past and move on..

A wise man once sat in the audience and cracked a joke. All of them laughed like crazy.

After a moment he cracked the same joke again and a little less people laughed this time. He cracked the same joke one again and very few laughed this time. When there was no laughter in the crowd, he smiled and said "When you can't laugh on the same joke again and again and again, then why do you keep crying over the same thing over and over again. 



"Forget the past and move on"