Showing posts with label Soal Hati. Show all posts
Showing posts with label Soal Hati. Show all posts

Monday, 26 December 2011

Aql aur Dil



The Intelligent Heart, The Pure Heart: An insight into the Heart based on the Qur’an, Sunnah and Modern Science by Dr Gohar MushtaqI really love this piece of verse entitled “Aql aur Dil” (Intellect and Heart) by Mohammad Iqbal from the above mentioned book on pages 19-20.

“Intellect (brain) one day said to the heart: 

‘I am a guide to those who have gone astray

Though bound to earth, I reach the heaven above Just see how far reaching is my sway

I am cast in the mould of the legendary Khidhr I am destined in the world to show the way



I am the interpreter of the book of life I am an attribute of divine display



You are only a drop of blood I am the envy of ruby’s ray.’



‘This is all true’, replied the heart ‘But look at me, be as it may



You look at the life’s trauma and drama I see through life’s white and grey



You deal with outer manifestations And I am aware of the inner fray



Knowledge is to you, intuition to me You seek God, I show how to pray



Limit of wisdom is restless doubting I am cure for the malady of dismay



You are a lantern to illuminate a spot I am a lamp to illuminate the path



You deal with time and space I deal with Judgement Day



To what lofty place do I belong? I am the pedestal of God Almighty, I say.’ ” 





Sometimes we say, we must have brains but we forget that we must have a working heart to be brainy. We often hear doctors day a patient is ‘brain dead’.. some say vegetable or just vege.. but never ‘heart dead’. Because if we’re ‘heart dead’, obviously we’ll be DEAD! But when we’re ‘brain dead’, the heart is still pumping.. only that the brain is unable to send signals to other parts of the body to fully function in other aspects.

Question : Is the brain mightier than the heart OR Is the heart mightier than the brain?
Answer : Read The Intelligent Heart, The Pure Heart.. ;P


Ketika ALLAH Memilihmu Untukku..



Padamu yang ALLAH pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia
Orang tua yang begitu sempurna
Dengan cinta yang begitu membuncah
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga
Maka, padamu ku katakan
Saat ALLAH memilihmu dalam hidupku
Maka saat itu Dia berharap
Kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..


Padamu yang ALLAH pilihkan untukku..
Ketahuilah..
Aku hanya wanita biasa
Dengan begitu banyak kekurangan dalam diri
Aku bukanlah wanita sempurna
Seperti yang mungkin kau harapkan, kau mimpi dan kau impi
Maka, ketika Dia memilihmu untukku..
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu
Dimataku dirimu begitu sempurna
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku
Mampu menambah kesempurnaan dirimu
Kerana kelak kita akan bersatu
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yang ALLAH pilihkan untukku..
Ketahuilah..
Sejak kecil ALLAH telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Robbnya
Maka ketika Dia memilihmu untukku
Maka saat itu,ALLAH mengetahui bahawa kaupun telah menempa dirimu dengan ilmuNya
Maka pimpinlah tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita
Itulah visi pernikahan, Ibadah hanya pada-Nya..


Padamu yang ALLAH tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah..
Aku adalah mahlukNya dari tulang rusukmu yang paling bengkok
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah
Maka, ketahuilah..
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah
Namun tatap mataku, tersenyumlah
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu
Maka ketika itu, kau kan kembali memiliki hatiku..


Padamu yang ALLAH tetapkan sebagai atap istanaku..
Ketahuilah..
Ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan
Maka dimataku kau adalah yang terindah
Kata-katamu adalah titah untukku
Selama tak bermaksiat pada ALLAH, akan ku penuhi semua perintahmu
Maka kalau kau berkenan ku meminta
Jadilah istana yang indah, yang kukuh
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang ALLAH pilih menjadi penompang hidupku.. 
Dalam istana kecil kita akan hadir malaikat-malaikat kecil
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga
Yang di pundaknya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad
Yang darahnya mengalir darah syuhada
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkah, kau mampu membentuk mereka
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang ALLAH pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku
Sungguh redhamu adalah redha Ilahi Robbi
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Saturday, 24 December 2011

Soal Hati



Hati itu indah bentuknya.. tiada awalan tiada penghujung.. tiada tertinggi tiada terbawah.. andai dia ku letakkan di lubuk hati paling bawah maka dialah paling ku cintai.. jika dia ku letakkan di atas maka dialah paling dekat dengan diriku.. andai dia di tepi maka dialah tongkat aku jua semangat diriku.. hati itu akarnya tiada.. ukhwah ini bukan hak milik tapi anugerah.. Anugerah terindah dari ALLAH..




Namun ku pilih untuk meletakkan ia di tengah.. kerana bilamana di tengah hati tertumpu hanya untuk DIA.. DIA yang ku cintai DIA yang ku sayangi.. DIA paling dekat dengan aku.. DIA lah tongkat dan jua semangat buatku.. dan bilamana aku memiliki DIA dihatiku maka seluruh hatiku penuh tenteram.. InsyaALLAH.. Ya ALLAH.. bantulah setiap hambaMu, menjadikan hatinya hanya milikMu sepenuhnya.. Ameen..


DAN..


Pesan Mr.MMMB : Jangan cintai manusia melebihi cinta pada ALLAH dan Rasulullah.. InsyaALLAH.. ;)

Menangislah wahai diri..


Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau dihisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu di buka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah s.a.w. yang dikasihi ILAHI..

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam a.s. yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkat taubat..

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. "

Menangislah seperti  Ummu Sulaim yang apabila ditanya, "Kenapa engkau menangis? "Jawabnya, "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang."

Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup , lalu berkata, "Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."


Menangislah wahai diri.. bukan untuk meratapi takdir ILAHI.. malah untuk memuhasabah diri.. banyaknya dosa yang telah diukiri.. semoga ALLAH mengampuni dan merahmati diri ini.. Ameen.. 

Ya ALLAH.. Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati.. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap dapat mengelak bencana yang dahsyat..  

Ya ALLAH.. terlalu banyaknya maksiatku kepada-Mu, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Mu.. Ampunilah dosa-dosaku ya Robb.. betapa kerdil nya aku disisi mu Ya Robbi.. Terima lah taubat para hamba Mu ini.. Tuhan ku aku tidak layak untuk ke syurga Mu.. tetapi aku tidak sanggup ke neraka Mu.. oleh itu, ampunkan lah segala dosa-dosaku dan terima lah taubatku.. sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar..


Thursday, 22 December 2011

Izinkan aku menjadi Bintang itu..


Si bintang ‘mencari’ erti cinta
Cinta yang membawa ke syurga..
‘Hadir’ pelangi memberi inspirasi
Memberi jalan kepada erti cinta hakiki..

Namun..
Bintang mencalari indahnya pelangi tanpa disedari
Bukan pelangi mencoroboh hak bintang
Tetapi bintang terlalu ’beremosi’ melontar cahayanya
Bintang lupa bahawa ’dia’ hanya makhluk dan hamba..

Bintang ini hanya kerdil dan kurang manfaatnya buat manusia
Tidak mampu menjadi se megah mentari di siang hari..

Namun, bintang tak mahu menjadi mentari
Kerana hilangnya tika malam bertandang
Biarlah si bintang ’terhijab’ dari dilihat tika siang cerah mencerlang
Namun sebenarnya hadir memberi bakti..

Si bintang hanya mahu memberi manfaat
bukan mahu dilihat..
Si bintang tak kan mampu mengikut jejak langkah pelangi yang hebat
Sentiasa dicari, kerana indahnya menghibur hati..
Malah si bintang sering diketepi dengan hadirnya bulan..

Tapi..
Si bintang tak pernah ’berkecil hati’
Kerana bintang hanya mahu menabur budi
Bukan disanjungi..

Si bintang bakal hilang gemerlapnya
Terkorban setelah memberi cahaya
Namun bintang tak pernah ’kecewa’
Kerana bintang hanya ’damba’ redha dariNYA..

Mungkin Si bintang tak bisa memenuhi kehendak pelangi
Tetapi Si Bintang ’yakin’ ini ilham dari ILAHI..

Walau si bintang terkorban
Si bintang terima, kerana itu menjadi ’prinsipnya’..

Bahagia apabila membahagiakan..
Korban andai sayang..
Itu sifir buat si bintang..

Izinkan aku menjadi bintang itu, yang terus menyinari tanpa ingin dikenali.. 


!________________.♫♥.__________
!________________.♥♫♥.____________.♥. * .* ..
!________________.♥♫♥♫.______-.♥♫♥. * .* . * .
!________________.♥♫♥♫♥._-.♥♫♥♫. * .* .
!_______________.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * . * . * . * .
!__________-.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * .* ..
!_____.♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥. * . * . * . * ..
!__________-.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * . * . * ..
!_______________.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * . * . * ..
!________________.♥♫♥♫♥._-.♫♥♫♥. * . *. * . * ..
!_______suci______.♫♥♫♥.______-.♥♫♥. * .* ..
!________salsabila_.♥♫♥.____________.♥. * . *.
 

Kenapa?? - Menjawab 1 persoalan..

Aku adalah hamba ALLAH.. Aku adalah Umat Muhammad SAW.. Aku beragama ISLAM.. Aku mengucap dua kalimah syahadah.. Aku tahu Rukun Islam.. Aku tahu Rukun Iman... Aku tahu dosa dan aku tahu pahala.. dan aku yakin adanya Syurga dan Neraka.. Aku yakin adanya pembalasan.. TETAPI.. kenapa aku masih leka dengan dunia dan sering melakukan dosa..???


Bukan kerana aku tak takut azab neraka.. Bukan juga kerana aku tak idamkan nikmat syurga.. Tetapi kerana aku hamba ALLAH yang sangat hina.. Aku hanya seorang hamba yang sangat biasa.. Di beri akal fikiran membolehkan ku membezakan dosa dan pahala.. Di beri hawa nafsu untukku merasa nikmat dunia dalam masa yang sama sentiasa mendorongku untuk melakukan dosa.. Aku bukan malaikat yang sentiasa patuh dan melakukan kebaikan, aku juga bukan syaitan yang sentiasa ingkar dan melakukan kejahatan.. Walaupun aku tidak sempurna, tetapi aku adalah makhluk ciptaanNYA yang paling sempurna.. Boleh melakukan kebaikan yang mengatasi malaikat, dan melakukan dosa mengatasi kejahatan syaitan.. Dan atas sebab itulah aku sentiasa memohon, merayu, mengemis dan merintih belas ihsanMU.. Ya ALLAH.. pandulah aku ke jalan yg ENGKAU redhai.. wahai Tuhan sekalian alam..

Indahnya Aturan-MU



Ya ALLAH.. Ya Rahman.. Ya Rohim.. 

Engkau mengujiku, pasti dengan sesuatu yang aku mampu, kerana Engkau Maha Tahu apa yang terbaik untukku..

Engkau memberi atau mengambil kembali, agar terhapus dariku rasa memiliki, dan kembali menyadari bahawa pada-MU, aku akan kembali..

Engkau mendatangkan gembira atau memberikan duka, agar hatiku tidak kotor dengan rasa bangga, dan tunduk merendah pada-MU dalam semua perkara..

Engkau mengujiku dengan ujian, agar diriku lebih teguh beriman, dan lebih kerap menadah tangan, memohon pada-MU wahai Tuhan..

Engkau yang Maha Bijaksana, mengatur hidupku dengan sempurna, meski diriku kerap terlupa, namun kasih-MU tak pernah sirna..

La Tahzan


Ya ALLAH.. dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya ALLAH, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya ALLAH.. ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya ALLAH.. jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya ALLAH..

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya ALLAH bersama-sama kamu. Percayalah, ALLAH mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian ALLAH ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:
 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan ALLAH?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama ALLAH).



Terimalah takdir yang telah ditetapkan ALLAH untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, ALLAH sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman ALLAH dalam surah Al-Furqan, ayat 20:


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menguji sekadar kemampuanmu. Firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah, ayat 286:


ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Munajat ku hanya pada-Mu


Ya ALLAH.. gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan.. jadikan kesedihan itu awal kebahagian.. dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram..

Ya ALLAH.. dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan..

Ya ALLAH.. anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa kantuk dari-Mu yang menenteramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian.. Dan, ganjarilah dengan kemenangan yang nyata..

Ya ALLAH.. tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus.. dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayah-Mu..

Ya ALLAH.. sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya syaitan dengan bantuan bala tentara-Mu..

Ya ALLAH.. sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua..

Ya ALLAH.. Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut yang mendera. Hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakal. Hanya kepada-Mu kami memohon, dan hanya dari-Mu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau sebagai Pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong..

Hanya Pada-Mu

Ya ALLAH.. 
Andai aku menulis, tulisanku untuk siapa? 
Andai aku berkata-kata, kata-kataku untuk siapa? 
Andai aku memberi, pemberianku untuk siapa? 

Kalau dituliskan rasa hatiku di sini, tiada yang tahu isi hati ini
Tiada yang mengerti dan akhirnya tetap pada Mu aku kembali
Aku sedar bukan sekali dua aku datang kepada Mu
Kerana aku tahu hanya Engkau yang mampu membantu
Siapa lagi yang mampu menenangkan resah gelisah hatiku ini
Engkau yang memegang hatiku
Engkau jua yang mengetahui isi hatiku
Bukanlah aku meminta dari makhluk Mu, kerana mereka jua sepertiku. 
Hanya pada Mu aku mengadu, tetapkan aku di jalan Mu.. 

Inilah catatan perjalananku yang baru
Setelah lama diri terbiar sesat dalam sedar
Daku kembali lagi kepada Mu
Daku pulang dengan tangisan yang tidak dapat ku tahan
Ku berharap agar Engkau masih menerima kepulanganku ini, 
ya ALLAH.. 
Dan sesungguhnya aku sedar aku adalah di antara golongan manusia yang kerugian..
Lindungilah aku, tetapkan imanku, ya Robb.. 
Ampunkan dosaku.. 
Ameen..


Sunday, 18 December 2011

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.


Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaALLAH.

Bosan

Ini sebuah cerita ringan tentang kebosanan. Seorang tua yang bijak ditanya oleh tamunya.



Tamu: “Sebenarnya apa itu perasaan ‘bosan’, pak tua?”

Pak Tua: “Bosan adalah keadaan di mana fikiran menginginkan perubahan, mengharapkan sesuatu yang baru, dan menginginkan berhentinya rutin hidup dan keadaan yang sama dari masa ke masa.”

Tamu: “Kenapa kita merasa bosan?”

Pak Tua: “Kerana kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki.”

Tamu: “Bagaimanakah menghilangkan kebosanan?”

Pak Tua: “Hanya ada satu cara, nikmatilah kebosanan itu, maka kita pun akan terbebas darinya.”

Tamu: “Bagaimanakah mungkin boleh menikmati kebosanan?”

Pak Tua: “Bertanyalah pada dirimu sendiri: mengapa kamu tidak pernah bosan makan nasi yang sama rasanya setiap hari?”

Tamu: “Kerana kita makan nasi dengan lauk dan sayur yang berbeza-beza, Pak Tua.”

Pak Tua: “Benar sekali, anakku, tambahkan sesuatu yang baru dalam rutinmu maka kebosanan pun akan hilang.”

Tamu: “Bagaimanakah menambahkan hal baru dalam rutin?”

Pak Tua: “Ubahlah caramu melakukan rutin itu. Kalau biasanya menulis sambil duduk, cubalah menulis sambil membongkok atau berbaring. Kalau biasanya membaca di kerusi, cubalah membaca sambil berjalan-jalan atau meloncat-loncat. Kalau biasanya menelefon dengan tangan kanan, cubalah dengan tangan kiri atau dengan kaki kalau boleh. Dan seterusnya.”

Lalu Tamu itu pun pergi. Beberapa hari kemudian Tamu itu mengunjungi Pak Tua lagi.

Tamu: “Pak Tua, saya sudah melakukan apa yang Pak Tua sarankan, kenapa saya masih merasa bosan juga?”

Pak Tua: “Cuba lakukan sesuatu yang bersifat keanak-anakan.”

Tamu: “Contohnya?”

Pak Tua: “Mainkan permainan yang paling kamu senangi di waktu kecil dulu.”

Lalu Tamu itu pun pergi. Beberapa minggu kemudian, Tamu itu datang lagi ke rumah Pak Tua.



Tamu: “Pak Tua, saya melakukan apa yang Pak Tua sarankan. Di setiap waktu lapang saya bermain sepuas-puasnya semua permainan anak-anak yang saya senangi dulu. Dan keajaiban pun terjadi. Sampai sekarang saya tidak pernah merasa bosan lagi, meskipun di saat saya melakukan hal-hal yang dulu pernah saya anggap membosankan. Kenapa boleh berlaku demikian, Pak Tua?”

Sambil tersenyum Pak Tua berkata: “Kerana segala sesuatu sebenarnya berasal daripada fikiranmu sendiri, anakku. Kebosanan itu pun berasal dari fikiranmu yang berfikir tentang kebosanan. Saya menyuruhmu bermain seperti anak kecil agar fikiranmu menjadi ceria. Sekarang kamu tidak merasa bosan lagi kerana fikiranmu tentang keceriaan berhasil mengalahkan fikiranmu tentang kebosanan. Segala sesuatu berasal dari fikiran. Berfikir bosan menyebabkan kamu bosan. Berfikir ceria menjadikan kamu ceria.”.. Wallahu'alam