Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Monday, 26 December 2011

Kau yang bergelar - HAWA



Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi ALLAH sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam. 

Hawa,
Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH. 

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. 

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. 

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. 

Hawa
Cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. 

Hawa,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya, aku benci mendengarnya dan seteguhnya turutilah perintah ALLAH..

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) ALLAH adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Al-Ahzab :59).


Ukhti Azie: Moga Dijadikan Panduan Dalam Kehidupan Seharian

Ketika ALLAH Memilihmu Untukku..



Padamu yang ALLAH pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia
Orang tua yang begitu sempurna
Dengan cinta yang begitu membuncah
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga
Maka, padamu ku katakan
Saat ALLAH memilihmu dalam hidupku
Maka saat itu Dia berharap
Kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..


Padamu yang ALLAH pilihkan untukku..
Ketahuilah..
Aku hanya wanita biasa
Dengan begitu banyak kekurangan dalam diri
Aku bukanlah wanita sempurna
Seperti yang mungkin kau harapkan, kau mimpi dan kau impi
Maka, ketika Dia memilihmu untukku..
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu
Dimataku dirimu begitu sempurna
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku
Mampu menambah kesempurnaan dirimu
Kerana kelak kita akan bersatu
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yang ALLAH pilihkan untukku..
Ketahuilah..
Sejak kecil ALLAH telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Robbnya
Maka ketika Dia memilihmu untukku
Maka saat itu,ALLAH mengetahui bahawa kaupun telah menempa dirimu dengan ilmuNya
Maka pimpinlah tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita
Itulah visi pernikahan, Ibadah hanya pada-Nya..


Padamu yang ALLAH tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah..
Aku adalah mahlukNya dari tulang rusukmu yang paling bengkok
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah
Maka, ketahuilah..
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah
Namun tatap mataku, tersenyumlah
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu
Maka ketika itu, kau kan kembali memiliki hatiku..


Padamu yang ALLAH tetapkan sebagai atap istanaku..
Ketahuilah..
Ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan
Maka dimataku kau adalah yang terindah
Kata-katamu adalah titah untukku
Selama tak bermaksiat pada ALLAH, akan ku penuhi semua perintahmu
Maka kalau kau berkenan ku meminta
Jadilah istana yang indah, yang kukuh
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang ALLAH pilih menjadi penompang hidupku.. 
Dalam istana kecil kita akan hadir malaikat-malaikat kecil
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga
Yang di pundaknya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad
Yang darahnya mengalir darah syuhada
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkah, kau mampu membentuk mereka
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang ALLAH pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku
Sungguh redhamu adalah redha Ilahi Robbi
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Saturday, 24 December 2011

Peringatan Buat DIRI..





Hari ini adalah PEMBERIAN..
manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana SEMULIA-MULIA hamba adalah yang paling tinggi TAQWANYA..



Semalam adalah SEJARAH..
berISTIGHFAR lah kita untuknya dan berSYUKUR atas kurniaan hidayah dariNya kerana sebaik baik ZIKIR adalah istghfar dan sebaik baik DOA adalah Alhamdulillah..




Esok adalah MISTERI..
yang padanya terletak angan angan dan SEBIJAK-BIJAK manusia adalah yang sentiasa mengingati akan kematiannya.. dan mempersiapkan diri untuk kehidupan sesudah mati dan TERPELIHARALAH sebahagian iman didalam dada anak ADAM bila dalam hatinya MENYINTAI saudara seislamnya yang lain kerana ALLAH SWT..


Peringatan Buat Diri..

"Maka Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman :42)

"Dan sedikit sekali dari hamba-hamba KU yang bersyukur" (Saba : 13)

"Dan jika kami rasakan kepada manusia suatu rahmat(nikmat) dari Kami,kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak bersyukur" (Hud: 9)

"Dan bersyukurlah akan nikmat ALLAH, jika benar kamu hanya menyembahnya semata-mata" (An-Nahl : 114)


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali."

semoga setiap dari kita dijauhkan dari fitnah akhir zaman ini.. Ameen..

Thursday, 22 December 2011

Indahnya Aturan-MU



Ya ALLAH.. Ya Rahman.. Ya Rohim.. 

Engkau mengujiku, pasti dengan sesuatu yang aku mampu, kerana Engkau Maha Tahu apa yang terbaik untukku..

Engkau memberi atau mengambil kembali, agar terhapus dariku rasa memiliki, dan kembali menyadari bahawa pada-MU, aku akan kembali..

Engkau mendatangkan gembira atau memberikan duka, agar hatiku tidak kotor dengan rasa bangga, dan tunduk merendah pada-MU dalam semua perkara..

Engkau mengujiku dengan ujian, agar diriku lebih teguh beriman, dan lebih kerap menadah tangan, memohon pada-MU wahai Tuhan..

Engkau yang Maha Bijaksana, mengatur hidupku dengan sempurna, meski diriku kerap terlupa, namun kasih-MU tak pernah sirna..

La Tahzan


Ya ALLAH.. dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya ALLAH, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya ALLAH.. ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya ALLAH.. jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya ALLAH..

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya ALLAH bersama-sama kamu. Percayalah, ALLAH mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian ALLAH ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:
 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan ALLAH?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama ALLAH).



Terimalah takdir yang telah ditetapkan ALLAH untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, ALLAH sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman ALLAH dalam surah Al-Furqan, ayat 20:


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menguji sekadar kemampuanmu. Firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah, ayat 286:


ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Munajat ku hanya pada-Mu


Ya ALLAH.. gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan.. jadikan kesedihan itu awal kebahagian.. dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram..

Ya ALLAH.. dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan..

Ya ALLAH.. anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa kantuk dari-Mu yang menenteramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian.. Dan, ganjarilah dengan kemenangan yang nyata..

Ya ALLAH.. tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus.. dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayah-Mu..

Ya ALLAH.. sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya syaitan dengan bantuan bala tentara-Mu..

Ya ALLAH.. sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua..

Ya ALLAH.. Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut yang mendera. Hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakal. Hanya kepada-Mu kami memohon, dan hanya dari-Mu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau sebagai Pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong..

Hanya Pada-Mu

Ya ALLAH.. 
Andai aku menulis, tulisanku untuk siapa? 
Andai aku berkata-kata, kata-kataku untuk siapa? 
Andai aku memberi, pemberianku untuk siapa? 

Kalau dituliskan rasa hatiku di sini, tiada yang tahu isi hati ini
Tiada yang mengerti dan akhirnya tetap pada Mu aku kembali
Aku sedar bukan sekali dua aku datang kepada Mu
Kerana aku tahu hanya Engkau yang mampu membantu
Siapa lagi yang mampu menenangkan resah gelisah hatiku ini
Engkau yang memegang hatiku
Engkau jua yang mengetahui isi hatiku
Bukanlah aku meminta dari makhluk Mu, kerana mereka jua sepertiku. 
Hanya pada Mu aku mengadu, tetapkan aku di jalan Mu.. 

Inilah catatan perjalananku yang baru
Setelah lama diri terbiar sesat dalam sedar
Daku kembali lagi kepada Mu
Daku pulang dengan tangisan yang tidak dapat ku tahan
Ku berharap agar Engkau masih menerima kepulanganku ini, 
ya ALLAH.. 
Dan sesungguhnya aku sedar aku adalah di antara golongan manusia yang kerugian..
Lindungilah aku, tetapkan imanku, ya Robb.. 
Ampunkan dosaku.. 
Ameen..


Wednesday, 21 December 2011

Hijab

HIJAB? what is HIJAB? (Hijaab (Muslim Veil), Hejab (An Act of Faith), Islamic dress for women) 

There are many sisters who have failed to understand the actual meaning of Hijab (Hejab). Hijab technically means covering. Islam desires the preservation of social tranquility and familial peace. Hence, it asks women to cover themselves in their inter-actions with men, whom they are not related to.

Most IMPORTANT about Hijab (Hejab) is that ALLAH has ordered to wear Hijab. For detail please see Noble Qur'an

"O Prophet! Tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their cloaks (veils) all over their bodies (i.e.screen themselves completely except the eyes or one eye to see the way). That will be better, that they should be known (as free respectable women) so as not to be annoyed. And Allah is Ever Oft-Forgiving, Most Merciful".(Al-Ahzab: 59)


The pea is a splendid plant. It proudly displays its strong green Hijab (Hejab). It protects it from the hot and cold weather and guards it from insects. ALLAH has blessed the pea with a special Hijab (Hejab), because without it, the seeds would scatter, dry up and die. 


The orange keeps itself within its shiny orange Hijab (Hejab) to protect its delicious fruit. Otherwise it looses its taste too. 


So are the banana, the coconut and the pomegranate. Each one has an elegant and unique Hijab (Hejab), which protects it from disease and destruction. 

The jewel of the sea, the pearl, has been given a very tough and rugged Hijab (Hejab) - oyster shell. It protects it from sea animals and keeps it sparkling and shining inside. 


However, the most beloved of ALLAH in all His creation is the Muslim Girl who wears the Hijab. She knows it is a gift from ALLAH. It protects her from harm, injury and mischief. She wears it knowing it gives her dignity, beauty and respect. So precious she can be that she hides herself beneath her Hijab.


Do you wear a Hijab? Give it a try today


"And tell the believing women to lower their gaze (from looking at forbidden things), and protect their private parts (from illegal sexual acts, etc.) and not to show off their adornment except only that which is apparent (like palms of hands or one eye or both eyes for necessity to see the way, or outer dress like veil, gloves, head-cover, apron, etc.), and to draw their veils all over Juyubihinna (i.e. their bodies, faces, necks and bosoms, etc.) and not to reveal their adornment except to their husbands, their fathers, their husband's fathers, their sons, their husband's sons, their brothers or their brother's sons, or their sister's sons, or their (Muslim) women (i.e. their sisters in Islam), or the (female) slaves whom their right hands possess, or old male servants who lack vigour, or small children who have no sense of the shame of sex. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And all of you beg ALLAH to forgive you all, O believers, that you may be successful".(An-Nur : 31)

Sunday, 18 December 2011

Baitul Muslim V - Nusyuz




Nusyuz adalah pelanggaran isteri terhadap perintah dan larangan suami secara mutlak. Hukum nusyuz berlaku apabila si isteri melanggar perintah dan larangan suami semasa berada di dalam hayatul khas/ kehidupan khusus (rumah tangga) seperti di dalam rumah. Adapun jika seorang isteri melanggar perintah suaminya di luar kehidupan khusus itu, ini tidak dinamakan nusyuz.

Syariat Islam telah menetapkan beberapa hak suami yang perlu dijalankan oleh seorang isteri. Antaranya menguruskan rumah tangga. Apabila seorang suami menyuruh isterinya membancuh teh, membasuh pakaian, memasak, memandikan anak-anak dan menggosok pakaiannya, jika isterinya tidak mahu melakukannya, ini bermakna isterinya itu telah melakukan nusyuz terhadap suaminya. 

Begitu juga, jika seorang suami melarang isterinya bertabarruj (berhias diri) atau tidak memakai tudung di hadapan tetamunya di dalam rumah, jika isterinya melanggar larangan suaminya itu, maka isteri tersebut telah melakukan nusyuz. 

Sebaliknya jika suami tersebut melarang si isteri keluar rumah bertabarruj atau tidak memakai tudung (di luar rumah –hayatul am), jika si isteri tersebut tidak mengikut larangan suaminya itu, ini tidak dinamakan nusyuz kerana perbuatan itu bukanlah di dalam hayatul khas. Isteri tersebut telah melakukan keharaman kerana melanggar perintah ALLAH, cuma perbuatan tersebut tidak termasuk kategori nusyuz kerana berlaku di dalam hayatul am.

Contoh yang sama adalah jika si suami melarang isteri dari mencuri. Namun isteri melanggar perintah suami dan tetap mencuri (contohnya mencuri di pasar raya), maka isteri tersebut telah melakukan dosa dan keharaman. Namun ini tidak termasuk di dalam kategori nusyuz. Dan dari segi hukuman, isteri tersebut wajib dipotong tangannya oleh negara (Khilafah) dan bukannya dikenakan hukuman nusyuz oleh suami. 

Ketika syariat Islam telah menetapkan hak suami secara umum untuk memerintahkan isterinya melakukan sesuatu, atau melarangnya, syariat juga telah membenarkan beberapa hal dari keumuman tersebut. Misalnya, syariat membolehkan seorang wanita untuk menjalankan perniagaan, mengajar, menghubungkan silaturrahim, pergi ke masjid, menghadiri ceramah ataupun seminar dan sebagainya. Seandainya si isteri melanggar larangan suaminya ini, maka si isteri tersebut tidak jatuh nusyuz kerana ini merupakan hak di dalam kehidupan umum yang dibenarkan oleh ALLAH ke atas wanita. Namun si isteri mestilah meminta izin kepada suami untuk keluar rumah dan mesti mentaati keputusan suaminya selama mana tidak melanggar syarak. 

Syariat Islam juga telah mewajibkan wanita untuk berdakwah dalam masyarakat. Ini bermakna wanita/isteri juga wajib berdakwah, sebagaimana lelaki/suami. Seandainya si suami melarang si isteri untuk keluar berdakwah, ini adalah satu kesalahan bagi pihak suami. Meski demikian, jika di rumah ada kewajipan lain seperti menguruskan anak-anak, menyiapkan pakaian, makan dan minum suami, maka hal ini hendaklah dilakukan terlebih dahulu oleh si isteri. 

Hukuman nusyuz.

Hukuman nusyuz telah dijelaskan oleh ALLAH  SWT sebagaimana firmanNya yang bermaksud: Wanita-wanita yang kalian khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membekas), jika mereka mentaati kalian, janganlah kalian mencari-cari alasan untuk menghukum mereka” (an-Nisa’(4):34)

Jadi bentuk hukuman tersebut (dan mesti dilakukan menurut urutan) adalah: 
1. menasihatinya dan memberi peringatan kepadanya.
2. mengasingkan tempat tidur.
3. memukulnya dengan pukulan yang tidak membekas.

Semua hukuman tersebut ditetapkan sebagai cara agar seorang isteri mentaati suaminya. Jadi, apabila isteri melakukan nusyuz, maka penyelesaiannya mestilah mengikut hukuman di atas. 

Di samping itu, satu hal yang semestinya diperhatikan adalah bahawa kehidupan suami isteri harus merupakan bentuk kehidupan berkeluarga yang penuh dengan kasih sayang dan rahmat (mawwadah wa rahmah ). 



Rasulullah SAW bersabda: 
Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan akulah orang yang terbaik di antara kalian terhadap keluargaku.” (HR Muslim)

Baitul Muslim IV - Hak Suami atas Isteri





1. Isteri wajib mentaati suaminya dalam hal kebaikan, bukan dalam kemaksiatan kepada ALLAH. Namun demikian, seorang suami hendaknya tidak memberatkan atau menyusahkan isterinya. Ketentuan semacam ini diambil dari Firman ALLAH:
Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.” (an-Nisa’ (4):34)


Rasulullah juga bersabda:
Sekiranya aku dibolehkan menyuruh seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (HR at-Tirmidzi)


2. Seorang isteri wajib menjaga harta kekayaan dan rahsia suaminya. Ia juga tidak boleh keluar rumah kecuali atas izin suaminya. Ketentuan ini diambil dari sabda Rasulullah:
(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” (HR an-Nasa’i)


3. Berpergian bersama suaminya jika diajak. Sebab, berpergian bersama suami merupakan hak suami yang wajib ditaati oleh isterinya.


4. Isteri wajib melayani suami jika suami mahu bersamanya. Ini kerana, melayani keperluan seksual suami merupakan kewajipan isteri dan hak bagi suami. Dalam sebuah hadis disebutkan:
Jika seorang suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian isterinya menolaknya, hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.” (Muttafaq ‘alaih)


5. Seorang isteri wajib meminta izin suaminya jika ia hendak mengerjakan puasa sunat. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah:
Tidak halal bagi isteri untuk melakukan puasa ketika suaminya menyaksikannya, kecuali berdasarkan izinnya.” (Muttafaq ‘alaih).


Apa yang dikongsikan di Baitul Muslim III & IV hanyalah sebahagian dari hak dan tanggungjawab di antara suami isteri di dalam kehidupan rumah tangga. Jika suami tidak menunaikan hak isterinya, suami tersebut telah melakukan kesalahan. Begitu juga, jika seorang isteri tidak memenuhi hak suaminya ia telah melakukan nusyuz.

Baitul Muslim III - Hak dan Kewajipan Suami ke atas Isteri







1.  Suami berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian mahupun tempat tinggal dengan cara yang baik. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban)

2.   Suami berkewajiban memenuhi keperluan seksual isterinya, walaupun hanya sekali dalam masa empat bulan, yakni jika keadaan tidak mengizinkan. Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman ALLAH SWT:
Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah (2):226)

3.  Minimum tidur bersama isteri sekali dalam setiap empat hari. Pada zaman Saidina Umar bin al-Khatthab ketetapan semacam ini pernah dilakukan. Ketetapan Umar ini diambil dari firman ALLAH;
Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” (an-Nisa’ (4):3)

Ini bermaksud, jika seorang suami itu mempunyai empat orang isteri (maksimum) maka jarak giliran antara setiap orang isteri adalah empat hari. Jadi, berdasarkan mafhum ayat, empat hari adalah had maksimum bagi suami melayani hak tidur isteri, walaupun isterinya adalah seorang. 

4. Berbuat adil dalam pembahagian jika suami mempunyai isteri lebih dari seorang. Rasulullah SAW bersabda:
Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih.” (HR at-Tirmidzi)

5. Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah tinggal bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya dan tiga hari (dari tarikh pernikahan) jika isterinya seorang janda. Ini di ambil dari sabda Rasulullah yang bermaksud:
Bagi gadis tujuh hari, sedangkan bagi janda tiga hari, kemudian barulah ia kembali kepada isterinya yang lama.” (HR Muslim)

6. Suami disunnahkan memberikan izin kepada isterinya jika ingin melihat saudaranya yang sakit atau menziarahi jika ada yang meninggal dunia.

Baitul Muslim II - Indahnya Hidup Bersyariat







Pada dasarnya, hubungan suami-isteri adalah hubungan yang didasarkan pada prinsip persahabatan yang akrab, saling mengerti dan saling memerlukan. Hubungan suami isteri ini akan menjadi lebih bermakna jika suami isteri itu tahu menjalankan tanggung jawab masing-masing. Dengan ini syariat Islam telah menjelaskan apa yang menjadi hak isteri atas suaminya dan hak suami atas isterinya. Sebagaimana Firman ALLAH:

Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.” (al-Baqarah (2):228)

Ertinya hak yang dimiliki oleh seorang isteri atas suaminya sama seperti hak suami atas isterinya dari sudut masing-masing mesti mematuhi perintah dan larangan ALLAH. 



Oleh sebab itu Ibn Abbas pernah berkata:
Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.”  

Dan katanya lagi;
Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.



kata Salsabila;
"Bersamalah kita mencipta SAMARAH: SAkinahMAwaddah wa RAHmah.. yang menjadi tiket penghantar kalian menuju ke syurga."

Dan katanya lagi;

"Semoga ALLAH SWT senantiasa memberikan barakah-Nya dalam pernikahan kalian, mengumpulkan kalian dalam kebaikan, dan memisahkan kalian dalam kebaikan. Ameen Allahuma Ameen.."

Maha suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (Yassin: 36)