Saturday 24 December 2011

Menangislah wahai diri..


Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau dihisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu di buka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah s.a.w. yang dikasihi ILAHI..

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam a.s. yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkat taubat..

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. "

Menangislah seperti  Ummu Sulaim yang apabila ditanya, "Kenapa engkau menangis? "Jawabnya, "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang."

Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup , lalu berkata, "Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."


Menangislah wahai diri.. bukan untuk meratapi takdir ILAHI.. malah untuk memuhasabah diri.. banyaknya dosa yang telah diukiri.. semoga ALLAH mengampuni dan merahmati diri ini.. Ameen.. 

Ya ALLAH.. Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati.. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap dapat mengelak bencana yang dahsyat..  

Ya ALLAH.. terlalu banyaknya maksiatku kepada-Mu, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Mu.. Ampunilah dosa-dosaku ya Robb.. betapa kerdil nya aku disisi mu Ya Robbi.. Terima lah taubat para hamba Mu ini.. Tuhan ku aku tidak layak untuk ke syurga Mu.. tetapi aku tidak sanggup ke neraka Mu.. oleh itu, ampunkan lah segala dosa-dosaku dan terima lah taubatku.. sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar..


No comments:

Post a Comment