Monday 12 December 2011

Wanita - dari kacamata Kristian & Islam I


Buat pertama kalinya dalam hidup.. diri ini mengenggam Bible hari ini.. membelek membaca seadanya.. tertarik dengan isu yang merungkaikan hak-hak wanita.. siapakah wanita dari kacamata Al-Quran dan Bible?


Benarkah agama Kristian muliakan wanita?






Dalam agama Kristian.. Eve (Hawa) dianggap punca dosa Adam. Oleh itu, kaum wanita diarah untuk sentiasa tunduk kepada lelaki.


Di dalam Bible, St. Paul berpesan dalam bab Timothy ayat 11 hingga 14:


"Wanita perlu belajar di dalam keadaan diam penuh ketundukan. Aku tidak mengizinkan wanita mengajar dan menguasai suaminya, kerana Adam diciptakan terlebih dahulu daripada Hawa. Adam tidak terpedaya, tetapi wanita itulah yang terpedaya dan berdosa.''


Dalam Islam.. Adam dan Hawa dianggap sama-sama terbabas dan kesalahan diletakkan pada mereka berdua dan bukan hanya pada Hawa.


Mengikut ajaran Kristian, dosa Eve (Hawa) memberi kesan negatif pada semua wanita. Dalam bab Genesis ayat 16, disebutkan:


"Aku akan tambahkan sakitmu ketika hamil dan dengan kesakitan kamu akan melahirkan anak. Kehendakmu hanyalah semata-mata untuk memuaskan suamimu dan dia akan menguasaimu sepenuhnya.''


Dari sudut harta benda, isteri tidak dibenarkan memiliki sebarang harta. Sebagai contoh, R.Thompson di dalam bukunya, Women in Stuart England and America menjelaskan, undang-undang keluarga 1632 di England yang berteraskan ajaran Kristian menetapkan:


"Harta seseorang suami adalah miliknya. Harta seseorang isteri adalah milik suaminya.'' Perkara yang sama juga diamalkan di Eropah pada masa itu.


Di dalam Encarta Encyclopedia disebutkan, "Pada awal abad ke-19, kebanyakan isteri di Eropah dan Amerika tidak mempunyai hak di sisi undang-undang. Status ini dikenali sebagai coverture. Wanita tidak berhak membawa kesnya ke mahkamah, tidak dibenarkan menulis wasiat. Di dalam kes yang melibatkan penjagaan anak, mahkamah terus memberikan hak penjagaan kepada kaum bapa.''


Di Britain, selepas debat yang panjang diikuti dengan penggubalan Akta Perempuan Yang Sudah Berkahwin (Married Women's Property Act) pada tahun 1870, 1882 dan 1887, barulah wanita yang sudah berkahwin diberikan hak untuk memiliki harta.


Pada ketika yang sama, malah ia menjadi amalan 1400 tahun sebelum ini, wanita Islam dibenarkan mewakilkan dirinya di mahkamah, boleh menuntut cerai apabila suaminya tidak bertanggungjawab, dibenarkan memiliki harta, malah hartanya tidak boleh diambil secara paksa oleh suaminya, serta berhak mendapat hak penjagaan anak, terutamanya apabila mereka masih kecil ketika berlaku perceraian.


Persoalannya di sini.. benarkah agama Islam menyisih, menghina dan mengabaikan wanita?


ALLAH tidak pernah menghina atau memuliakan makhluk-makhlukNya berdasarkan jantina. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaan nya kepada ALLAH. 


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Al-Hujurat :13)


Wanita dan lelaki adalah sama di sisi ALLAH sebagai hamba ALLAH.. Jika seseorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran ALLAH dan diletakkan di tempat yang tinggi. 


"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi ALLAH. Dan di sisi ALLAH jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”. (Ali-Imran:195)


Wanita yang bertakwa mendapat pembelaan daripada ALLAH. Ketika Maryam ibu Nabi Isa mengandung, masyarakat sekeliling mencaci dan mencerca tetapi ALLAH membela dan memuliakan beliau melalui firmanNya :
"Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibrail) berkata: ‘Hai Maryam, sesungguhnya ALLAH telah memilihmu, menyucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang hidup sezaman dengan kamu). (Ali-Imran :42)


Islam tidak mengizinkan wanita dikotak-katikkan oleh golongan lelaki. Dalam surah an-Nisaa ALLAH menegaskan, "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memusakai wanita secara paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk mengambil sebahagian apa yang telah kamu berikan.."


Menzalimi wanita juga adalah dilarang oleh Islam. Di zaman jahiliah adalah menjadi perkara biasa jika bayi-bayi perempuan ditanam hidup-hidup demi untuk memelihara keluarga dari aib dan malu. Islam menentang adat resam ini melalui firman ALLAH:


"Dan apabila bayi-bayi perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah maka dia dibunuh?" (At-Takwir :8-9) 


Untuk menampakkan penentangan kepada sistem jahiliah yang menghina kaum wanita, Nabi saw bersabda: ‘Sesiapa yang memiliki tiga orang puteri atau tiga saudara perempuan, atau dua orang puteri atau dua saudara perempuan, lalu dididiknya mereka dan dijaganya mereka dengan baik kemudian dikahwinkan mereka, baginya syurga.’ (Hadis riwayat Imam Tirmizi dan Abu Daud)


sekadar renungan bersama - Kristian muliakan wanita atau Islam yang menyisih, menghina dan mengabaikannya?


seindah hiasan adalah wanita solehah- Bukan ku damba segigih Siti Hajar, sesetia Khadijah, sesabar Asiyah, secantik dan secerdik Balqis, setulus kasih Zulaikha, sejujur Aisyah, seteguh hati Fatimah, kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa, tapi cukuplah seandainya engkau mampu mendidikku mencontohi bunga-bunga itu kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga.. Ameen..


Salsabila, Tuesday, August 3, 2010 at 11:47pm

No comments:

Post a Comment